. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: Ustaz Syamsul Debat - Ustaz Fenomenal

facebook like pop up

Thursday 23 March 2017

Ustaz Syamsul Debat - Ustaz Fenomenal






Ustaz Popular yang bakal menggantikan populariti ustaz azhar idrus & ustaz kazim elias





BIODATA SYAMSUL DEBAT

Saudara Syamsul Amri bin Ismail dilahirkan pada 3 Ogos 1977, di Kg Ayer Dedali, Jempol Negeri Sembilan.

Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah kebangsaan Paroi (1983-1989) seterusnya Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu (1990-1992). Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam diploma Pentadbiran awam dan seterusnya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda undang-undang juga di UiTM.

Beliau seorang yang sangat aktif dalam persatuan-persatuan pelajar sewaktu menuntut di UiTM, antaranya pernah menyandang jawatan Presiden Kelab Usahawan (MEDEC UiTM), Exco Jawatankuasa Perwakilan KOMSIS UiTM, Presiden Kelab Debat & Pidato UiTM Shah Alam dan juga Naib Presiden Persatuan Wawasan UiTM Shah Alam.

Di antara pencapaian cemerlang En. Syamsul Amri sepanjang penglibatan beliau dalam dunia pidato dan debat ialah Johan Pidato UiTM Melaka (1998), Johan Debat Piala Provos UiTM Melaka (1998), tempat Ketiga Debat DiRaja di USM Pulau Pinang (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (1999), Johan Pidato Kenegaraan Negeri Sembilan (2000), Johan Pidato Kenegaraan Peringkat Kebangsaan di Ipoh (2000), tempat ketiga Debat DiRaja di UUM (Ranking Pertama Pendebat Terbaik Seluruh Malaysia) (2002), Johan Debat Perdana anjuran Majlis Peguam Malaysia (2002), Johan Debat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (Pendebat Terbaik Keseluruhan) (2002), Johan Debat Komuniti Bestari Negeri Sembilan (2003), Johan Debat Komuniti Bestari (Pendebat terbaik pertandingan akhir) (2003) Johan Pidato KEMAS Negeri Sembilan (2003), Johan Pidato anjuran KEMAS Negeri Sembilan (2004).

Beliau turut menjadi ketua hakim bagi pertandingan-pertandingan debat yang dianjurkan, jurulatih debat dan memiliki sijil Penghakiman Debat yang dikeluarkan oleh MADUM.

Terakhir sekali, Johan Pidato Perdana Islam Hadhari Kebangsaan di PWTC di hadapan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 2006. Kini menjadi jurulatih sambilan untuk Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh serta beberapa buah Universiti Tempatan termasuk UNIMAS di Sarawak.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian SEREMBAN,

Ketua Penerangan UMNO Kg Pancor;

Pengerusi Tetap Pemuda UMNO Panchor,

Pengerusi KEMAS Kg Pancor,

Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana;

Pengerusi KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi;

Penceramah Biro Penerangan UMNO Malaysia;

Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM)



Mari kita tonton antara ceramahnya yang paling best dirasakan oleh penulis ....







Bagi penulis, ustaz syamsul ni masih belum dapat menandingi kehebatan ustaz azhar idrus juga ustaz kazim alias, kebanyakkan ceramah ustaz syamsul debat isi kandungannya seakan berulang ibarat menghafal skrip, sekali dengar mmg best & mencuit hati, tapi bila dah berkali - kali dengar kandungan yg sama tapi berlainan lokasi maka dah tak sedap lagi dah. Berbeza dengan ustaz azhar idrus yang jarang sekali kita dengar isi & kendungan sama, uia lebih kepada menjawap soalan secara live & byk menjawap hukum hakam ttg menjalani kehidupan, penyampaian uia lebih spontan & lebih real ...

Walaubagaimana pun ustaz syamsul berjaya menjadi ustaz fenomena terkini gara garanya berucap secara live di perhimpunan agung UMNO baru baru ini ... & Semenjak dari hari itu ramai peminatnya yang menyelongkar khazanah ceramah ceramah beliau melalui youtube ...

Tidak di nafikan beliau memang mempunyai karisma pidato & ucapannya yang cukup bagus & menghiburkan, cuma harus di perbaiki lagi kandungan & isi isi yg lebih fresh & tidak ulang ucap oleh beliau ...


Best Song Ever .....



ARTIKEL INI DI TAJA OLEH

‘PRODUK TERHEBAT ABAD INI’
Must Look Before Comment !!




CERITA LANJUT





Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!