. panji semarang berita politik sukan hiburan hot gossip kontroversi sensasi hangat panas: 2015

facebook like pop up

Friday, 27 November 2015

Kisah Sedih Di Sebalik Animasi Crayon Shin Chan








Apakah kartun animasi kegemaran anda? Frozen? Shrek? Barbie? Spongebob? Upin dan Ipin? Doraemon atau Shin Chan? Walau apa pun kartun pilihan anda, Shin Chan adalah antara animasi yang paling popular selepas Ultraman. Mana tidaknya, kenakalan Shin Chan sahaja sudah cukup membuatkan penonton tidak kering gusi. Namun, tahukah anda kisah di sebalik karekter ini?

Bagi anda yang lahir sekitar tahun 1990-an, watak kanak-kanak berusia lima tahun itu sering kali ditunggu-tunggu apabila tibanya hujung minggu. Shin Chan sangat nakal dan sering dimarahi ibunya. Ada kalanya Shin Chan berlagak seperti orang dewasa apabila melihat wanita-wanita cantik dan seksi lalu di hadapannya. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar membuat tarian belalai gajah dan tarian punggung.



BERMULA SEBAGAI KOMIK MINGGUAN

Kartun animasi Shin Chan karya Yoshito Usui sebenarnya sudah lama diterbitkan. Ia bermula dari komik yang diedarkan secara mingguan dalam majalah Weekly Manga Action oleh syarikat penerbitan Futaba pada tahun 1990. Oleh kerana permintaannya yang tinggi, sekitar tahun 1992 kartun animasi itu kemudiannya diadaptasi ke siaran televisyen menerusi TV Asahi. Crayon Shin Chan juga turut dibeli dan dialih suara kepada lebih dari 26 bahasa termasuk bahasa Malaysia.

TERKORBAN DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA

Kembali kepada persoalan, menurut beberapa carian mendakwa kisah Shin Chan sebenarnya diadaptasi dari kisah benar. Ia bermula apabila penerbitnya Yoshito Usui tertarik dengan kisah seorang ibu, Misae yang sangat merindui anak-anaknya, Shinosuke dan Himawari. Mengikut kisah, adik beradik ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Ketika kejadian, si abang ternampak adik sedang bermain berhampiran jalan raya. Kemudian datang sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Sedar bahaya yang menanti, Shinosuke berlari ke arah adiknya dengan harapan dapat menyelamatkan Himawari dari rempuhan kereta terbabit. Malangnya, mereka berdua terkorban di tempat kejadian.



KRAYON & IMIGINASI MISAE

Satu hari, Misae dan suaminya menemui krayon milik Shinosuke di dalam keretanya dan menjadikan krayon itu sebagai barang peninggalan paling disayangi mereka berdua. Oleh kerana terlalu rindukan Shinosuke dan Himawari, Misae kemudiannya melukis watak-watak anak kesayangannya seolah-olah mereka masih hidup sambil berkhayal. Dipercayai, krayon itulah yang menjadi tajuk animasi Crayon Shin Chan.

Jalan cerita, watak, karekter dan sebagainya dikatakan dibuat berdasarkan imiginasi ibunya yang terlalu sedih atas kehilangan anak-anaknya. Misae berharap dengan terhasilnya lukisan-lukisan sedemikian membuatkan dia merasakan anak-anaknya masih hidup. Apalagi watak-watak Shin Chan yang degil, gatal, mengada-ngada dan sebagainya kelihatan sangat dekat dan begitu mesra dengan kita semua.

KISAH BENAR REKAAN ATAU SEBENAR?

Sungguh pun begitu, hakikat kisah tersebut masih lagi menjadi perdebatan antara peminat dan penonton di Jepun. Ada yang mengandaikan kisah itu hanyalah rekaan semata-mata dan ada juga yang menganggap ia benar-benar berlaku. Apa yang pasti, Crayon Shin Chan lebih ditonton oleh orang dewasa berbanding kanak-kanak kerana mesej yang cuba disampaikan.

Selain kenakalan Shin Chan yang menghiasi kartun animasi itu, keunikan lain seperti gaya bahasa turut menjadi tarikan ramai. Ini kerana banyak bahasa yang digunakan amat sukar diterjemahkan ke dalam bahasa lain selain bahasa Jepun Oleh kerana itu, kartun itu sangat dekat dengan jiwa mereka.

Walaupun kartun animasi Crayon Shin Chan mendapat tarikan di seluruh dunia, namun pada September 2009 negara matahari terbit itu digemparkan dengan kematian pencipta kartun crayon shin chan iaitu Yoshito Usui. Dia dipercayai meninggal dunia akibat terjatuh ketika mendaki di pergunungan Arafune, Jepun. Ramai yang percaya Yoshito Usui mati akibat membunuh diri selepas mengalami tekanan perasaan sebelum itu. Walau bagaimanapun, kematiannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini. - INFINITI




Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY





JAM TAWAF NANO GOLD
( Scalar Energy Vital Ion )


- Revolusi Terhebat Dalam Dunia Perubatan Moden !!


Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Gambar Kacak Terkini Bekas Suami Rozita Che Wan








Gambar Kacak Terkini Bekas Suami Rozita Che Wan

Mungkin ada yang tak pernah melihat wajah bekas suami Che Ta ini... dan mungkin juga ada pernah lihat tapi sudah terlupa.

Namun yang pasti, Che Ta memang bertuah kerana pernah berkahwin dengan bekas suami handsome... dan kini berkahwin pula dengan jejaka yang tak kurang handsomenya. Heh!



Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!






Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!

Skandal Bapa Pelakon Ummi Nazeera






Bapa Pelakon Ummi Nazeera di penjara 31 tahun .. dia bersyukur penderitaan ibu berakhir

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post. Credit Rotikaya



Best Song Ever .....





ARTIKEL INI DI TAJA OLEH

Rahsia Kehidupan Sejati !!
Anda Pasti Teruja Bila Melihatnya !!





‘SISTEM JANA PENDAPATAN TERHEBAT ABAD INI’
YEARLY, MONTHLY, DAILY & PASSIVE INCOME !!


CERITA LANJUT





Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!

Skandal Achey Bocik






Cerita Sebenar Achey Isu Kenyataan Isteri Arwah Harun Salim Bachik

Semalam viral berita berkaitan isteri kepada arwah Harun Salim Bachik mengatakan pelawak Achey menipu tentang isu tanya khabar keluarga mereka setelah pemergian arwah Harun Salim Bachik. Jadi di sini admin ingin kongsikan Cerita Sebenar Achey Isu Kenyataan Isteri Arwah Harun Salim Bachik yang dipetik dari laporan MStar Online.

PETALING JAYA: Pelawak Achey kesal dengan kenyataan yang dibuat balu Harun Salim Bachik iaitu Surianti Mohd Nor yang menuduh dia menipu mengenai kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga itu.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah."Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Surianti meluahkan perasaan terkilan dengan kenyataan Achey dalam sebuah portal hiburan kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka, sedangkan ia tidak benar.Malah, Surianti turut mendedahkan, dia juga tidak tahu-menahu mengenai status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey dan beberapa orang lain selepas dikeluarkan daripada grup perniagaan tersebut.

Surianti juga bersama dua anaknya berhasrat pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah pada waktu terdekat gara-gara kesempitan hidup selepas kematian Harun pada Mac lalu.Dalam pada itu, Achey berkata, mengenai perniagaan tersebut, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun."Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti," jelas Achey.Sementara itu, Achey berkata, dia tidak sangka isu tersebut menjadi berita utama dan terkejut dengan kenyataan yang diberikan Surianti.

Apatah lagi, sebagai orang luar, dia enggan mencampuri urusan keluarga arwah Harun."Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak," katanya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.




Best Song Ever .....





ARTIKEL INI DISPONSOR OLEH



‘SISTEM JANA PENDAPATAN TERHEBAT ABAD INI’
YEARLY, MONTHLY, DAILY & PASSIVE INCOME !!


CERITA LANJUT







Please Like If You Like This Page Or Leave Your Comment In Comment Box Below

THANK YOU !!

21 tips membuatkan isteri anda jatuh cinta








Mudahkah untuk buat seseorang jatuh cinta dengan anda?

Jawapannya mungkin ya atau tidak. Bergantung kepada usaha anda juga. Memikat hati seorang gadis mungkin lebih mudah, tetapi cabarannya besar setelah anda berkahwin.

Orang beriman yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik akhlaknya adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. - Riwayat At-Tirmizi

Pelbagai tanggungjawab mula digalas, dan anak-anak hadir sebagai penyeri hidup. Hati kadangkala terlupa pada rasa cinta yang disemai di kala berdua dahulu.

Tetapi, bagaimana caranya membuatkan isteri anda jatuh cinta hampir setiap hari? Mudahkah untuk memenangi hatinya?

#1 – Panggilan

Beri nama panggilan manja yang disenangi isteri anda. Sentiasa gunakannya dalam perbualan harian anda. Rasulullah s.a.w sendiri memanggil isteri baginda Aisyah dengan Ya Humaira yang bermaksud Wahai Si Putih Kemerah-merahan. Romantis kan?

#2 – Lucu

Pernah dengar tak wanita suka lelaki yang kelakar? Janganlah serius sangat. Banyakkan bergurau dengan isteri anda dan buatnya tersenyum. Kadang-kadang suasana serius dan malang pun boleh menjadi lucu. Kita biasanya suka melihat orang yang kita kasihi tersenyum dari masam mencuka.

#3 – Dengar

Dengar dengan khusyuk masalah mereka. Bagi wanita, perkara kecil boleh dianggap sangat besar. Penyelesaiannya mudah sahaja. Jika anda faham, berikan komen. Jika tidak, dengar sahaja dengan teliti. Kebiasaannya selepas meluahkan, mereka akan berasa lega dan melupakannya. Life goes on!

#4 – Kacak

Jaga kekemasan dan kekacakan anda di rumah. Tanyakan padanya gaya rambut kegemarannya, dan cuba ikuti jika sesuai. Tidak semestinya kacak rupa paras seperti artis, sedap mata memandang sudah memadai. Perangai yang kacak dan rupa yang manis, pasti jadi bonus untuk anda.

#5 – Sabar

Adakalanya wanita mudah berasa tertekan kerana perubahan hormon. Bersabar sekiranya ada hari mereka tidak seperti biasa. Cuba untuk tidak memberi tekanan dengan membuat tanggapan salah dan memarahi mereka. Beri ruang yang selesa untuk mereka bersendirian.

#6 – Bantu

Tawarkan diri untuk melakukan kerja di rumah. Nabi Muhammad saw sendiri membantu isterinya melakukan kerja rumah seperti menampal baju dan kasut yang koyak, memasak, membersihkan halaman rumah dan memerah susu kambing. Meskipun Baginda pemimpin yang disegani, Baginda tetap menyantuni isterinya.

#7 – Beli

Anda suka masakan isteri? Bantu dia membeli barangan basah seperti ikan dan daging, bersihkannya dan simpan stok setiap hujung minggu. Beri juga senarai idea masakan yang sesuai. Memasak tidaklah sukar, cuma anda perlu membantu untuk menyediakan keperluan dan juga mengemas jika sudah selesai.

#8 – Gajet

Jadi anda sukakan gajet elektronik? Secara senyap-senyap, download ringtone lagu kegemaran atau lagu kenangan anda berdua di telefon bimbitnya. Meskipun dia akan tercari-cari ringtone telefon siapa yang berbunyi nanti, dia pasti akan tersenyum bila mengetahui anda download lagu kegemarannya.

#9 – Kereta

Orang lelaki biasanya sangat mengambil-berat hal kenderaan mereka. Hantar servis kereta isteri anda, periksa angin tayar secara berkala. Vakum, letak pewangi, malah boleh waxkan juga. Isteri anda pasti akan perasan keretanya yang bersih dan pemanduan yang tip top nanti.

#10 – Sahabat Baik

Anda perlu terima hakikat, adakalanya isteri anda ada kawan baik sehidup semati. Ada cerita telah dikongsi mereka sejak belum berjumpa anda lagi. Beri ruang untuk mereka berhubung. Meskipun anda dan mereka tidak serasi, menghormati mereka sudah cukup menggembirakan hati isteri anda.

#11 – Galakan

Kadangkala isteri ada minat atau bakat yang terpendam. Suka membuat kek, kraf, menjahit dan sebagainya. Beri galakan untuk mereka menghadiri kelas kerana ia boleh melegakan tekanan, dan melarikan tumpuannya dari tugas harian. Malah, ia boleh menjadi peluang untuk menjana pendapatan tambahan jika kena caranya.

#12 – Coklat

Biasanya wanita sukakan coklat. Letak coklat di dalam beg tangan, di meja solek atau di dalam kereta dengan nota cinta yang comel. Selain dari dapat mengalas perutnya yang kosong, anda akan membuat hatinya berbunga-bunga sepanjang hari. Anda juga boleh membuat penghantaran bunga dan coklat pada hari-hari istimewa.

#13 – Cantik

Biar isteri anda merasakan dia cantik di pandangan anda. Puji baju barunya, tudungnya. Galakkan dia menjaga kesihatan dan kecantikannya. Apabila dia merasa yakin dengan penampilannya, dia akan berasa lebih gembira. Cantik tidak semestinya kurus dan bermekap mampan. Cukuplah manis dipandang, sopan serta ayu.

#14 – Temujanji

Walaupun sudah berkeluarga, anda masih boleh dating bersama. Jika ada anak kecil, pilih malam minggu dan tonton video pilihan dengan popcorn bersama. Jika si dia bekerja, buat kejutan makan tengahari. Sesekali dalam sebulan, pastikan anda berdua meluangkan masa berdua, walaupun window shopping sahaja.

#15 – Bertukang

Sebagai lelaki, anda juga perlu tahu asas membetulkan mentol rosak, paip air meleleh ataupun mendrill dinding. Terdapat banyak panduan di internet dan juga alat bantu moden. Paling kurang, pastikan anda tahu siapa yang boleh dihubungi untuk membantu dengan segera bila diperlukan.

#16 – Ibu Bapa

Memang benar, syurga isteri berada di telapak kaki anda. Sesekali, beri ruang kepada dia melepaskan kerinduan terhadap keluarganya. Sertai aktiviti keluarganya seperti ziarah di hari raya. Ingat bahawa tanpa mereka menjaga isteri anda dengan baik dahulu, anda mungkin tidak dapat memilikinya sekarang.

#17 – Masak

Lelaki yang pandai memasak sahamnya memang tinggi. Tetapi anda boleh sahaja menyediakan masakan yang ringkas untuk mengambil hatinya. Ada harinya dia demam, anda boleh sediakan bubur nasi untuk keluarga. Buat sarapan mudah atau sekali-sekala masak secara sukarela di hari-hari dia letih. Dia pasti menghargainya.

#18 – Hubungi

Walaupun anda akan berjumpa setiap hari, cuba hubungi dia setiap hari bertanyakan khabarnya. Sudah makan ke belum misalnya. Tanya dengan ringkas, tanda anda peduli. Hubunginya setiap kali anda terdetik. Kadangkala, ia jalinan psikik, anda telefon dia, dia juga sedang menelefon anda. Ia comel.

#19 – Berpimpin Tangan

Jika berjalan, cuba berpimpin tangan. Ia akan memberi mood gembira dan bercinta juga. Bukan sahaja dia akan merasa disayangi, dosa-dosa kecil anda juga akan jatuh berguguran nanti. Tidak salah menunjukkan sedikit kemesraan di khalayak kerana dia kan memang 200% isteri anda.

#20 – Rezeki

Setiap isteri pasti gembira jika suami mencari rezeki yang halal lagi berkat untuk keluarganya. Bekerja bersungguh-sungguh demi keluarga anda, meskipun isteri bekerja. Sekali-sekala, belanja si dia pakaian baru, atau makan di tempat istimewa. Dia pasti menghormati anda sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab.

#21 – Imam

Hati wanita biasanya mudah lembut apabila berada di belakang imamnya. Didik hati mereka dengan kebaikan, tegur sekiranya diperlukan. Di sebalik semua keromantisan di dunia ini, sentuh hati mereka dengan menjadi imam di rumah anda sendiri. Biar mereka mendengar sendiri doa anda, dan mengaminkannya setiap hari.

Rumusan

Tidak semestinya anda mengamalkan kesemuanya untuk membuat isteri anda jatuh hati setiap hari. Hati wanita sangat mudah tersentuh, walaupun anda membuat satu sahaja di antaranya.

Konsistensi adalah paling penting. Ia membina rasa percaya. Cinta adalah apabila masing-masing saling melengkapi dan sentiasa cuba memperbaiki. - Dalin Ali

Seorang isteri adakalanya mengorbankan segala-galanya untuk berada di sisi anda. Keluarga, kawan baik, kerjaya, malah kecantikannya untuk melahirkan zuriat anda.

Mudah sahaja untuk menzahirkan rasa cinta untuk mereka. Bukan kemewahan yang membahagiakan mereka, tetapi rasa cinta yang sentiasa mekar.

Hargai mereka. Jangan lupa mencuri hatinya setiap hari!



Best Song Ever .....




THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

THIS IS WHAT YOU REALLY WANT !!
THIS IS ABSOLUTELY AMAZING !!






Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Saturday, 14 November 2015

vape 3 ml solution sama dengan 20 batang rokok ??






vape vs rokok



KUALA LUMPUR: Dr Izani Husin kesal dengan keputusan Kabinet meneruskan penggunaan rokok tiruan (vape) dan perniagaan itu dengan alasan kehendak remaja dan elemen perniagaan dengan membelakangkan pandangan perubatan, nasihat ataupun fatwa.

"Pada saya, Kabinet agak gopoh dalam membuat keputusan," ujar Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, rokok vape mempunyai apa yang dikatakan vape solution.

Katanya, tiga ‘ml’ kandungan solution itu mengandungi 14.4 miligram formaldehyde bersamaan dengan 20 batang rokok sehari.

Tambahnya, kalau lima ‘ml’ dihabiskan sehari, sebanyak 24 miligram formaldehyde yang bahaya itu diserap yang boleh menyebabkan kanser.

"Ia equal ataupun sama dengan 33 batang rokok sehari," ujarnya.

Beliau berkata, ada kajian yang menunjukkan bahawa 20 batang rokok boleh menyebabkan kanser dengan nisbah 900 orang per million tetapi 14.4 miligram formaldehyde daripada vape boleh menyebabkan 4,200 orang per million.

"Ertinya lima kali ganda menghisap vape lebih tinggi kejadian kanser berbanding dengan rokok.

"Jadi saya rasa perkara ini sepatutnya tidak dipermainkan, seharusnya diteliti dengan lebih serius sebelum membuat apa-apa keputusan," kata beliau. - HARAKAHDAILY 3/11/2015








Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY





JAM TAWAF NANO GOLD
( Scalar Energy Vital Ion )


- Revolusi Terhebat Dalam Dunia Perubatan Moden !!


Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Pembongkaran Rahsia Muka Surat Al Quran 30 Juzuk









Assalam dan slmt beristirehat kpd semua..
Nak kongsi Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!

Tip yg nk dikongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...

Bagi yg belum menerima nya, dipanjangkan info ini..semoga dipanjangkan pahala (insyaAllah) bagi yg menulisnya.......hanya berkongsi




Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY





JAM TAWAF NANO GOLD
( Scalar Energy Vital Ion )


- Revolusi Terhebat Dalam Dunia Perubatan Moden !!


Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ

Wednesday, 21 October 2015

Wow !! Foto Terkini Vie Santie Bekas Isteri Eizlan Yusof








Umum mengetahui, pelakon terkenal Datuk Eizlan Yusof telah bercerai talak satu dengan bekas isterinya Vie Santie Harun beberapa bulan lalu atas faktor yang tidak diketahui...

Kisah penceraian pasangan ini memang amat menyedihkan kerana anak-anak sudah pastinya menjadi mangsa. Terbaru, kami terbeliak mata dengan penampilan baru Vie Santie Harun....


Tak sangka kami. WOW !! Jom saksikan 5 keping foto terkini beliau di bawah....













Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY

Rahsia Pancutkan Isteri Tersebar !!
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !!






Sila Like jika anda suka artikel ini atau lontarkan comment anda

SEKIAN TERIMA KASIH !!

Sunday, 18 October 2015

Menakjubkan !! Sungai Atas Sungai Di Jerman









Pernah anda melihat sungai di atas sungai ? mungkin terdengar tidak masuk akal , tetapi pekara seperti itu benar - benar ada di Jerman . ' Magdeburg Water Bridge ' adalah jambatan air dimana kapal - kapal besar melintas di atasnya dan merupakan yang terpanjang iaitu 918 meter .

Magdeburg Water Bridge dibina untuk pengangkutan barangan dari timur dan barat Jerman , terutama laluan untuk kapal komersial besar dari saluran Elbe - Havel ke Rangkaian Mittelland tanpa perlu membuat jalan sepanjang 12 - kilometer menggunakan laluan sungai Elbe .

Tanpa Jambatan Air , kapal dari saluran Mittelland terpaksa melalui Sungai Elbe melalui Rothensee dan memakan masa. Tahap air yang rendah dari sungai Elbe sering menghalang kapal tongkang berat melewati laluan ini , sehingga memakan masa untuk mengosongkan kargo .

Pembangunan saluran air ini bermula sejak tahun 1930 namun terhenti selama Perang Dunia II dan Perang Dingin . Selepas penyatuan semula Jerman , pembangunan salauran ini kembali menjadi keutamaan . Pekerjaan dilanjutkan pada tahun 1997 , dan Magdeburg Water Bridge akhirnya selesai pada tahun 2003 .














Best Song Ever .....





THIS ARTICLE IS SPONSORED BY





JAM TAWAF NANO GOLD
( Scalar Energy Vital Ion )


- Revolusi Terhebat Dalam Dunia Perubatan Moden !!


Please LIKE if you like this article or give some comment, TQ